Mengundi Bidaan UEFA Euro 2020

Prosedur

Prosedur mengundi daripada venue yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada 13 Mei 2014:[72]

  • Pada fasa pertama, pemenang Pakej Akhir akan dipilih.
  • Dalam fasa pengundian kedua, pemenang empat Pakej Biasa yang akan menjadi tuan rumah peringkat suku akhir akan dipilih.
  • Dalam fasa pengundian ketiga dan keempat, pemenang lapan Pakej Biasa yang akan menjadi tuan rumah perlawanan pusingan 16 akan dipilih. Pemilihan ini akan berdasarkan kepada "zon serantau" yang akan dimuktamadkan pada akhir bulan Ogos 2014 oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif UEFA yang persatuannya tidak membida.
    • Dalam fasa ketiga, bagi setiap zon yang belum dipilih dalam dua fasa pertama, pemenang Pakej Biasa akan dipilih.
    • Dalam fasa keempat, baki pemenang Pakej Biasa akan dipilih.

Pengundian akan dilakukan melalui undi rahsia dan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif yang dikaitkan dengan persatuan pembida tidak akan dibenarkan untuk mengundi.[73]

Majlis pengumuman venue yang dipilih berlangsung di Espace Hippomène di Geneva pada 19 September 2014, 13:00 CEST, sejurus selepas mengundi pada waktu pagi.[74]

Ringkasan

13 venue dipilih dan diumumkan pada 19 September 2014:[75]

Sejak Minsk, Sofia, Skopje dan Yerusalem tidak memenuhi keperluan UEFA, Cardiff dan Stockholm adalah satu-satunya bandar yang tidak dipilih di antara bidaan yang layak.[71]

Fasa pertama

Pada fasa pertama, tempat yang akan menjadi tuan rumah separuh akhir dan perlawanan akhir dipilih. Munich menarik diri sebelum undian, dan London dipilih melalui sebulat suara.[71]

BandarUndian
London
Munichw/d

Fasa kedua

Pada fasa kedua, empat venue yang akan menjadi tuan rumah satu perlawanan suku akhir dan tiga peringkat kumpulan dipilih. Tujuh venue yang dicalonkan dengan kapasiti sekurang-kurangnya 60,000 layak. Setiap ahli yang mengundi akan mengundi di venue keinginan mereka: empat mata untuk pilihan pertama mereka, tiga mata untuk pilihan kedua mereka, dua mata untuk pilihan ketiga mereka, dan satu mata untuk pilihan keempat mereka. Empat venue dengan jumlah mata tertinggi akan dipilih.[71]

BandarMata
Munich38
Baku37
Saint Petersburg29
Rom20
Brussels11
Cardiff3
Budapest2

Fasa ketiga

Pada fasa ketiga, venue dari setiap zon geografi yang belum dipilih akan dipilih untuk menjadi tuan rumah perlawanan pusingan 16 dan tiga perlawanan peringkat kumpulan. Enam zon geografi tersebut adalah:

  • Zon 1 (Utara-Barat): England, Ireland, Scotland, Wales
  • Zon 2 (Scandinavia): Denmark, Sweden
  • Zon 3 (Timur): Azerbaijan, Belarus, Rusia
  • Zon 4 (Tengah-Timur): Bulgaria, Makedonia, Hungary, Romania
  • Zon 5 (Tengah): Belgium, Jerman, Belanda
  • Zon 6 (Selatan-Mediterranean): Itali, Israel, Sepanyol

Sebelum pengundian, venue Belarus (Minsk), Bulgaria (Sofia), Makedonia (Skopje), dan Israel (Jerusalem) telah ditentukan sebagai bidaan yang gagal, dan mereka tidak terlibat dalam dua fasa terakhir.[71]

Dari enam zon, Zon 1, 3, 5 dan 6 sudah mempunyai venue yang dipilih pada dua fasa pertama. Oleh itu, hanya Zon 2 dan 4 yang terlibat dalam fasa ini.[71]

Zon 2
BandarUndian
Copenhagen13
Stockholm3
Zon 4
BandarUndian
Bucharest12
Budapest3

Fasa keempat

Pada fasa keempat, baki enam lagi venue akan menjadi tuan rumah satu perlawanan pusingan 16 dan tiga peringkat kumpulan akan dipilih di antara venue calon lain. Setiap ahli mengundi akan mengundi venue mengikut urutan keutamaan mereka: enam mata untuk pilihan pertama mereka, lima mata untuk pilihan kedua, empat mata untuk pilihan ketiga, tiga mata untuk pilihan keempat mereka, dua mata untuk pilihan kelima mereka, dan satu mata untuk pilihan keenam mereka. Enam venue dengan jumlah mata tertinggi dipilih.[71]

BandarMata
Amsterdam58
Dublin55
Bilbao50
Budapest48
Brussels43
Glasgow22
Cardiff21
Stockholm18

Rujukan

WikiPedia: Bidaan UEFA Euro 2020 http://www.belgianfootball.be/fr/nouvelles/l%E2%80... http://www.belgiumsoccer.be/nieuws/lees/2010-12-04... http://www.insidethegames.biz/olympics/summer-olym... http://bff.by/news/3816.html http://www.nzz.ch/aktuell/sport/fussball/schweiz-b... http://www.channelnewsasia.com/news/sport/football... http://www.channelnewsasia.com/news/sport/football... http://sportsillustrated.cnn.com/2012/soccer/wires... http://www.croatiantimes.com/news/Sports/2014-04-2... http://de.fifa.com/worldfootball/news/newsid=15941...